Monday, November 2, 2009

mandi wiladah dan mandi nifas

had a conversation with friends the other day about this topic.. I was like... blurrr..... [mcm ade belajar mase PAFA/KAFA [?] dulu.. but lupa.. yelaa..bende yg bukan amalan harian kan..

then my friend gave me this link to explain about this and I thought I'd share it here, [mane tau ade jugak yg blur cam saya nie..] hehehe...

I'll just copy paste ok. [article source : forum mymasjid.com.my]

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana bersalin (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana bersalin, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (?alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana bersalin dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan.

Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (?alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana bersalin (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana bersalin (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.


sekian.





xoxo

2 comments:

m@Ri@ said...

terima kasih..berguna info..sy pn blur gak awak..heheh..

aiesya said...

same2 kita ingat mengingati..
hehehe.. ;)

ur welcome.. ;)